Random Rarebits 2

Tuesday, October 31, 2006

Jenis Jenis Hantu

Baru-baru ini, saya asyik terbaca mengenai makhluk jenglot yang diawetkan dan menjadi bahan pameran. Ternyata jenglot tersebut mendapat perhatian ramai sehingga rata-rata semua tabloid menyiarkan cerita dan perkembangan terkini jenglot tersebut.

Setujukah anda jika saya katakan bahawa Masyarakat Melayu memang agak tertarik dengan kepercayaan karut seperti hantu, penunggu dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya pameran hantu dan jin mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai.



Tahukah anda bahawa hari ini adalah Hari Halloween, satu tradisi pagan yang berasal dari masyarakat Celt di Ireland dan disambut pada waktu pada malam 31 Oktober tiap tahun. Menurut tradisi, dunia ghaib boleh berhubung dengan dunia fizikal pada malam Halloween kerana pada malam ini lah kuasa sihir paling kuat.

Walaupun sambutan ini tak relevan dengan masyarakat kita, saya sahaja ingin berkongsi cerita tentang beberapa hantu yang masih lagi wujud di masyarakat kita pada masa ini.


Toyol

Jika dulu toyol hanya mencuri wang secara diam diam di waktu malam, toyol pada zaman sekarang agak berani melakukan perbuatan jenayah ini secara terang terangan.

Mangsa toyol toyol ini selalunya adalah wanita yang suka berjalan lenggang kangkong sorang sorang di tempat yang sunyi dan membawa beg tangan yang mudah diragut.

Toyol ini juga kadang kadang bergerak secara duet, iaitu seorang akan meragut dan seorang lagi menunggang motor. Toyol toyol yang ditangkap oleh manusia biasanya akan menerima nasib yang malang apabila dibelasah dengan kejam.

Hantu Kopek

Hantu kopek perempuan ialah mereka yang suka menayangkan kopek kepada umum.

Hantu kopek lelaki ialah mereka yang suka melihat, merenung dengan tajam meraba dan meramas kopek perempuan tidak kira samada perempuan itu ialah manusia biasa atau pun juga merupakan hantu kopek. Hantu kopek lelaki sangatlah kurang ajar.

Langsuir

Langsuir adalah merupakan hantu jahat yang suka mencekik dan menghisap darah mangsanya hingga mati. Secara umumnya, mangsa mangsa langsuir ini adalah mereka yang kekurangan wang ataupun berada dalam terdesak.

Langsuir ini akan bertindakbalas terhadap keluarga mangsa dengan memusnahkan harta benda dan mengganggu ketenteraman mereka sekiranya mangsa gagal membuat persembahan ataupun korban kepada mereka tiap tiap bulan.

Kebanyakan mangsa yang berhadapan dengan langsuir ini tidak melaporkan masalah mereka kepada pihak berkuasa kerana malu dan takut. Di sesetengah tempat langsuir dikenali sebagai peminjam wang berlesen ataupun nama glamour, along. Daripada aktiviti mereka jugalah munculnya perkataan cekik darah.

Hantu Raya

Hantu raya merupakan hantu yang hanya muncul setahun sekali sahaja. Hantu raya ini akan berkeliaran di pusat pusat membeli belah, Jalan TAR ataupun Chow Kit walaupun ketika bulan puasa untuk membuat persiapan hari raya yang melampau. Kebanyakan hantu raya akan berlumba lumba dengan kaum mereka untuk menunjukkan siapakah yang lebih hebat dalam membuat persiapan dan menyambut hari raya. Hantu raya ini akan meminta pertolongan langsuir untuk membantu menreliasasikan impian mereka.

Pelesit

Pelesit bergerak secara berkumpulan di malam malam minggu dan menjadikan pengguna jalanraya sebagai mangsa mereka. Pelesit tidak lagi bergantung kepada belalang untuk mencari mangsa sebaliknya mereka menggunakan motosikal, samada yang dicuri atau yang dimenangi selepas meminum power root. Pelesit terkenal dengan kepantasan pergerakan dan aksi aksi merbahaya. Dari perbuatan mereka yang menunggang motorsikal dengan laju dah melulu inilah munculnya perumpamaan "laju macam pelesit."

Hantu Kubur

Hantu kubur merupakah hantu yang bercita cita untuk menjadi kaya dalam sekelip mata tetapi malas untuk berusaha. Hantu kubur yang bergerak secara berkumpulan ini akan mengunjungi mana mana kubur lama untuk mendapatkan nombor ekor.

Hantu Kum Kum

Sejenis hantu yang popular pada zaman dahulu. Hantu yang dikatakan terjadi hasil dari kesilapan ilmu hitam ini memakai jibab untuk menutup muka mereka yang hodoh dan mencari mangsa untuk menjadikan mereka lawa semula. Hantu kum kum ini telah muncul kembali sejak kebelakangan ini. Walaubagaimanapun, hantu kum kum ini tidak lagi memakai jibab sebaliknya hanya mengenakan tudung biasa sahaja.

Kemunculan semula hantu kum kum ini adalah dengan tujuan untuk merendahkan martabat wanita bertudung dengan cara cara seperti memakai baju ketat dan kain terbelah, menunjukkan buah dada kepada rakan chatting menggunakan webcam dan melakukan hubungan seks di tempat tempat sunyi atau taman taman. (Apa yang menghairankan ialah aksi aksi terlampau hantu kum kum ini selalu terlepas di internet)

Hantu Tinggi

Hantu tinggi yang suatu masa dahulu sudah pupus muncul kembali sejak akhir akhir ini. Hantu tinggi ini biasanya muncul secara berpasangan. Hantu tinggi lelaki biasanya agak berumur jika dibangdingkan dengan pasangannya. Hantu ini boleh dikenali dengan angka 444,444,.44, 22, 222.22, BMW, kereta kuda dan sebagainya. Trend hantu tinggi ini sudah mendapat perhatian dari pihak berkuasa agama kerana mereka dikatakan selalu berlumba lumba untuk membuktikan hantaran kahwin siapakah yang lebih tinggi.

Hang Tua!

Dua patah perkataan yang terpacul secara tidak sengaja dari mulut Encik Taruddin apabila Datuk Khalid menyatakan hasrat untuk mengahwini Siti Nurhaliza kepada beliau.

Hehehe...Happy Haloween!

3 Comments:

Post a Comment

<< Home