Random Rarebits 2

Tuesday, July 04, 2006

Cerdik nan jangan dilagakkan

Serangkai Pantun Melayu telah membuahkan ilham dan inspirasi untuk aku mencuba untuk menulis blog dalam bahasa ibundaku.

Jika penghulu berkemanakan,
Itu menganjung meninggikannya;
Cerdik nan jangan dilagakkan,
Mungkin bingung kesudahannya.
Mengeluarkan kata fikir dahulu,
Ingat nan sebelum kena,
Mentang-mentang kitalah tahu,
Ilmu pasti nan akan dipakai.


Pantun ini membawa maksud, kalau kita ada ilmu pengetahuan, jangan meninggikan diri pula. Lebih baik kita berkongsi ilmu pengetahuan kita dengan orang lain yang boleh mendapat manfaat daripada apa yang kita kongsi.



Bukan itu sahaja. Apabila kita berkongsi ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat, lebih banyak ilmu pengetahuan yang akan dapat diilhamkan.

Kita juga memahami subjek tersebut dengan lebih mendalam lagi. Seperti kata orang putih, "teach and you will learn". Dengan itu, aku harap para pembaca blog aku ini sedikit sebanyak dapat belajar daripada kesilapan aku dan daripada apa yang aku pelajari daripada kesilapan aku.

Bak kata Raja Rock Malaysia, Ramli Sarip, "aku menulis bukan kerana nama. Kerana sifat kasih pada sesama insan, dan menyatakan kasih sayang ku. Kita sama, semuanya sama. Apa yg ada hanyalah kehidupan..."

2 Comments:

Post a Comment

<< Home