Dagang hamba terbuang lalu
Sejak kecil lagi aku biasa membaca dan menulis dalam bahasa penjajah iaitu Bahasa Inggeris. Maka tidak hairan lah jika aku berfikir pun dalam bahasa penjajah. Apatah lagi aku belajar di sekolah orang putih yang dipanggil missionary school. Jangan pula disalahertikan dengan missionary position. Eh eh melalut pula topik aku sampai ke topik seks. Memang betul lah otak aku ini blue, minda biru...hahaha!
Walaubagaimanapun sejak akhir-akhir ini aku sudah mula menjinakkan diri untuk mendalami jiwa separuh Melayu aku. Separuh memandangkan aku cuma separuh Melayu saja, itu pun bukan Melayu asli sebab keturunan aku Peranakan Jawa-Cina.
Sambung cerita tentang diri aku...
Setelah menamatkan pendikian sekolah menengah aku mendapat biasiswa penuh daripada Kerajaan Malaysia untuk meneruskan pelajaran di San Jose, California di Amerika Syarikat selama lima tahun di jurusan pentadbiran perniagaan dan mengkhusus pula di bidang pengurusan dan ekonomi.
Emak memang tidak setuju aku belajar di Amerika Syarikat sebab aku anak perempuan tunggalnya. Dia sanggup nak jual tanah nak hantar aku belajar di Australia kerana ibu saudara aku ketika itu bermastautin di sana. Jadi tidak lah aku bersendirian di perantauan. Tapi sifat aku memang degil. Sebenarnya, aku pun tidak mahu menyusahkan emak aku sampak nak jual tanah pula nak tanggung aku belajar. Aku fikir, sudah dapat biasiswa penuh, aku ambil saja lah peluang yang terbuka. Inilah peluang aku untuk belajar hidup sendiri dan berdikari. Sampai bila nak duduk di bawah ketiak emak!
Maka aku pun berangkat ke Amerika Syarikat akhirnya pada umur 18 tahun. Aku akui aku memang masih mentah dan naive. Aku pergi hanya berbekalkan semangat yang tebal di dada dan cita-cita yang tinggi menggunung untuk mendapatkan segulung ijazah...
Cik Mahat menahan bubu
Bubu dijemur di tengah halaman
Tingallah ayah tinggallah ibu
Anakanda merantau timba pengalaman
Telur cicak dalam dulang
Entah bertulang entahkan tidak
Sudah sampai negeri orang
Entah pulang entahkan tidak
Anna Abadi mengasah parang
Parang disimpan di atas para
Dagang seorang di negeri orang
Tiada teman tiada saudara
Selepas mengharungi perjalanan jauh merentangi lautan luas selama 21 jam penerbangan, aku pun sampai ke California. Aku menuntut ilmu di San Jose State University iaitu universiti negeri yang termahal di Amerika Syarikat dan antara 100 yang terbaik di antara lebih 20,000 buah universiti di negara tersebut.
Kerana yuran yang sangat mahal, Kerajaan tidak menaja ramai pelajar Malaysia di San Jose. Jadi, pelajar Melayu tidak ramai di San Jose, boleh dikira dengan sepuluh jari saja. Sudah lah bilangan tidak ramai, yang ada pun yang extremist terutamanya kakak-kakak senior yang sudah berkahwin. Mereka selalu bising kerana aku berkawan dengan abang-abang senior yang bujang. Aku bukan nak menggatal, cuma minta tolong tunjuk ajar dalam pelajaran dan menyesuaikan diri di negara orang. Aduh! Itu pun aku disuruh menikah. Aku fikir bukankah kerja gila, takkanlah aku nak menikah kerana berkawan saja agaknya? Senang sangatkah nak menikah?
Tiap kali usrah aku saja yang kena sindir. Buat sakit telinga aku saja. Pada pendapat aku kalau nak berdakwah pun biarlah kena caranya untuk menarik minat orang. Jadi aku pun menjauhkan diri daripada kelompok extremist ini dan membawa diri aku.
Pantun Melayu ini membayangkan perasaan aku pada masa itu...
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
Bengis sungguh orang pangkalan
Lalu-lalang perahu dihalang
Menangis dagang sepanjang jalan
Mengenang nasib di negeri orang
Aku pun tinggal lah dengan bangsa-bangsa asing seperti Inggeris, Panama, Vietnam, Argentina, Venezuela dan Jepun. Rumah aku bagai melting pot sebab kawan-kawan aku yang berkunjung terdiri daripada pelbagai bangsa daripada merata dunia. Semestinya bahasa pengantara adalah Bahasa Inggeris. Lama-kelamaan aku hanya berfikir di dalam Bahasa Inggeris dan bila bercakap dalam Bahasa Melayu pun aku berfikir di dalam Bahasa Inggeris. Otak aku menterjemahkan fikiran aku ke dalam Bahasa Melayu.
Aku rasa ada juga hikmahnya bila aku membawa diri jauh daripada pelajar Melayu. Boleh juga ku meluaskan minda bila bergaul dengan berbagai-bagai bangsa dan mendapat pendedahan kepada budaya lain. Misalnya, aku boleh memasak macam-macam masakan selain daripada masakan Melayu - aku belajar juga serba sedikit masakan Amerika Selatan daripada rakan-rakan serumah aku yang daripada Argentina dan Venezuela, masakan Vietnam daripada rakan serumah yang berbangsa Vietnam, dan masakan Inggeris daripada rakan serumah yang berbangsa Inggeris. Aku juga belajar buat sushi daripada rakan serumah yang berbangsa Jepun.
Namun, aku rasa sedih juga sebab kena pulau oleh bangsa aku sendiri kerana bagi mereka aku sudah kafir kerana aku tinggal bersama orang-orang bukan Islam. Alangkah sempitnya minda mereka walaupun ramai daripada mereka merupakan pelajar yang cemerlang. Tapi aku terima saja lah, sudah nasib badan begini. Cekalkan saja hati, jangan terlalu memperdulikan apa orang kata. We cannot make everybody happy!
Jadi sejak itu kawan-kawan terdiri daripada bangsa asing saja, termasuk kawan baik perempuan aku, seorang art therapist yang berbangsa Jepun-Amerika dan seorang lagi teman rapat aku, seorang doktor berbangsa Spanish-Perancis. Dengan mereka aku cakap Bahasa Inggeris lah. Dan selama lima tahun aku di Amerika Syarikat, aku cuma berbahasa Melayu bila berbual dengan keluarga aku apabila aku menelefon Malaysia saja, dan bila terserempak dengan pelajar Melayu yang lain.
Hehehe ini lah cerita nya bagaimana aku mula berfikir dalam Bahasa Inggeris.

5 Comments:
is that u naliza??? wow, your BM is really good leh... bila baca tulisan u dalam BM, the way i read in my head pun bahasa baku.. i remember when i first came to kl, they said i speak like indonesian. kesian i. speaking london tak tau, cakap BM macam indon, cakap mandarin tak de org paham pulak.. aahhh... walk down memory lane gitu..
By Anonymous, at Thu Jul 06, 06:00:00 PM 2006
Hehehe tengkiu Nadia :) Sebenarnya I dah lama tak menulis dalam BM. Sejak SPM kot.
Masa kat sekolah menengah I selalu dapat A1 for both my BM and English, including for SPM trial exam.
Language, or specifically, writing has always been my forte.
But masa SPM, I was late for my BM paper because my mom's car broke down and I missed out an entire section. I got a C4 for my BM paper as a result. My interest in BM sort of lessened from there on. Majuk!
Nasib baik I got A1 for my English paper and A2 for my English 1119.
By Penglipur Lara, at Thu Jul 06, 06:19:00 PM 2006
ermm ko memang terrer beb. Macam karam singh walia... errr betul ke tu beb nama dia... ana arabic maklum... hindi maklum... bangla.. terrer gak... urdu sikit2..jawa pun boleh... kelantan pun leh..heheh itik gembo2
By Anonymous, at Fri Jul 07, 02:29:00 AM 2006
dun u think u're revealing too much of ur personal information there?
By Anonymous, at Mon Jul 10, 01:40:00 PM 2006
7 tips persahabatan...
1- Saling Percaya
Ini penting untuk menjaga sebuah persahabatan. Jangan begitu percaya pada gosip itu dan ini tentang sahabatmu. Selidik dulu kebenarannya. Menjalin persahabatan memang mudah tapi untuk mengekalkannya yang sukar. Oleh itu, jadikan saling percaya itu sebagai kunci utama dalam menjalin persahabatan. Tanpa itu, percayalah kamu tidak akan ketemui sahabat yang baik.
2- Saling Pengertian
Tanpa saling pengertian, akan robohlah sebuah persahabatan. Oleh itu, fahamilah kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi ingat, jangan sampai berat sebelah. Misalnya, kamu selalu menuntut sahabatmu untuk mengerti sifat dan keinginanmu tapi kamu sendiri tidak mahu mengerti tentang sifat dan keinginannya .
3- Saling Membantu
Sebagai seorang sahabat, kamu memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, kamu harus saling bantu membantu. Bila sahabatmu mempunyai masalah, jangan pura-pura tidak tahu dan membiarkannya menyelesaikan sendirian. Tunjukkan bahawa kamu selalu sedia untuk membantunya.
4- Saling menepati janji
Sekali dua tidak menepati janji mungkin masih boleh dimengertikan. Tapi bagaimana halnya kalau berkali-kali? Tentu sahaja sahabatmu sukar untuk mempercayai kamu. Kalau tidak boleh datang, padahal sudah berjanji, pastikan kamu usahakan telefon atau sampaikan pesan jika mempunyai halangan lain. Selain daripada itu, jangan lupa minta maaf bila kamu tidak menepati janji, meskipun kamu tidak sengaja melakukannya.
5- Saling menghargai
Oleh kerana dia sahabat kamu, jadi dengan sewenang-wenangnya kamu menyinggung perasaan dia. Bergurau boleh tapi jangan sampai menyinggung perasaannya. Minta pendapatnya dan belajar menghargainya walaupun tidak berkenan di hati kamu.
6- Jujur dan terbuka
Kamu harus jujur dan terbuka bila bersahabat. Jangan sembunyikan perasaanmu bila ada sikapnya yang kamu tidak senang dengan hatimu. Jika dia salah, beritahunya secara terus terang. Kalau kamu diam aje, itu namanya kamu tidak jujur.
7- Saling mengalah
Kalau ada masalah kecil, jangan diperbesar-besarkan. Segera atasinya demi persahabatan tidak ada salahnya kamu mengalah. Lagipun, mengalah untuk sementara memang tidak ada rugi langsung.
By Anonymous, at Sat Jul 22, 05:24:00 PM 2006
Post a Comment
<< Home